Rabu, 16 Mei 2012

akid batuk & demam

day 2 - akid masih demam.. tapi tak sepanas semalam.. yess... penat asyik sponging akid semalam.. kurang tidur. dengan malam akid batuk tak berhenti.. sobs. mama nangis dalam hati. tak sampai hati. tapi aku cuba buat-buat cekal.. kalau aku tak cekal jaga anak demam. mesti anak lambat baik. alhamdulillah. pagi ni suhu badan dah surut dah. x panas sangat. but aku still letak cool fever kat kepala dia. langkah berjaga-jaga. 

dah beberapa malam ni. batuk memang dasyat. sampai aku tengok dia macam nak terkeluar anak tekak pon ada. kesian sangat kalau tengok. memang agak teruk. tapi semalam baru bagi last option. bagi madu. after pergi 4 klinik still tak berkurang. cuma aku masih lagi teruskan ubat klinik yang ke 4. aku nak tunggu sampai hari jumaat. mean.. ade dua malam lagi. if tak memang nak hantar akid pergi hospital. biar hati ibu tak gundah gulana.

yup. semalam dan hari ni. akid aku tak bagi syed hantar nursery. biarla. aku bersusah payah jaga si comel tu. biar rumah tak berkemas. biar dapur tak berasap. biar baju tak berbasuh. yang penting. akid depan mata aku. 100% . aku yang jaga. aku tahu aku bagi dia apa. aku buat dia apa. dan dah decide! yang akid tak kan jejak nursery selagi batuk dia tak baik. biarlah!

now akid tengah tidur. pagi tadi lepas bagi susu. dia muntah. sejak semalam. dia kurang menyusu. sedih sangat. aku risau dia lapar. dan takde tenaga. sobs. sedih sangat ok!. sedih. bila dah ada anak. baru kita tahu. memang susah rupanya nak jaga anak kecil. kata mak. memang biasa la budak batuk dan demam. aku tahu. tapi.. hati tetap je tak sedap. tak suka. rindu akid yang suka senyum dan ketawa. ok rindu!

ini kali ke 2 akid demam sepanjang 9bulan 2minggu. dan batuk kali ke 3. tapi batuk ni paling teruk.. sedih tau!



gambar akid semalam

bila akid sakit macam ni. mesti timbul penyesalan. timbul rase bersalah sebab tak mampu nak breastfeed dia. sumpah la memang terasa teruk sangat.. bad mother! tapi bukan rezeki akid. mungkin kurang pembacaan. kurang dorongan. salah cara pantang. ah .. aku pon tak tahu. mana silap nya. tapi aku akan cuba untuk adik-adik akid nanti.

luahan hati seorang mama... pure love!



Isnin, 14 Mei 2012

batuk & selsema


hampir seminggu tak menulis ape-ape. padahal duduk rumah goyang kaki aje.

ya. tajuk pon dah tahu.. akid di serang batuk dan selsema. batuk makin teruk pulak. hati keibuan ini terus risau dan pikir bukan-bukan. paranoid sungguh. hati ibu mana yang tak risau bila tengok anak tak nyenyak tidur. setiap jam bangun sebab batuk. kadang batuk sampai termuntah-muntah. habis cadar dan selimut. habis.

bila malam. tak nyenyak nak tidur. setiap kali anak batuk. gosok2 belakan dan dada bagi reda batuk nya. kadang terjaga semata-mata nak tengok akid masih berselimut atau pon tidak. kalau batuk. cepat cari minyak yuyi atau vicks untuk sapu pada dada dan belakang badan nya. bila muntah. salin kan baju kotor kepada baju bersih. kena tukar cadar pada malam-malam buta.. eh pagi buta. cari selimut baru. dodoikan akid semula.. sejak ada akid. tak pernah sekali pon tidur aku nyenyak. tak pernah tak bangun.

eh eh. bukan mengeluh. tapi ini adalah hakikat. betapa besar nya jasa ibu.

ya. takkan nak harap kan suami yang esok nya kerja. masa begini.. suami sudah tolong itu dan ini. bila dia sudah tidur. tak sampai hati nak ganggu tidur nya. kecuali minta tolong buatkan susu. tapi kadang aku yang bangun. almaklum. aku pon belom boleh nak lasak sangat untuk berjalan. haihh

akid dah dekat sebulan batuk. dah 3 klinik. 1 klinik pakar kanak-kanan.. macam-macam pendapat doktor kasi.. ya. macam-macam. tak tahu mana satu nak ikot. ubat sampai habis pon tak baik. sedih kan? aku apatah lagi. sedih yang teramat sangat. dan siap berdoa. biarlah sakit akid berpindah pada aku. biar la aku yang sakit. bukan akid.

bila malam tak dapat tidur. selepas pelok cium akid. dan akid akan pergi nursery. aku sambung tidur. bangun tidur terus memasak. sebab dah tengah hari dan perot pon berbunyi.. eh.. haha

pastu baru la buat kerja kemas dan membasuh... petang-petang baru melipat baju.

sebab itu memang tiada masa untuk mengemas kini blog.. kesian kau blog.








klinik ke 4 




akid and mama


doakan akid cepat sembuh.. amin

Rabu, 9 Mei 2012

happy 9mo faliq akid



Happy 9mo sayang mama. Moga kamu akan jadi anak yang baik dan soleh. Menyenangkan hati mama dan papa...amin..

So today mama nak cite kat kengkawan mama pasal anak mama comel lagi menggiurkan (over betul describe anak oii) oh mesti la anak aku nampak menggiurkan di mata .. Kalau tak.. Takdelah kan aku ciom dia bertubi-tubi.. Pengsan sekejap!

ter miss nak buat akid nye 8mo milestone.. tp lebih kurang ajelah

1. Food
mase bulan 8 aku x masak kan bubur untuk akid. Mak aku take over since aku excident aritu. So aku xde la lepas tangan. Aku masih lagi tanya "hari ini mak masak ape untuk akid?" . Boleh la aku cakap kat sini. Akid suke ikan bilis atau ikan. Kalau ikan bilis atau ikan diganti ayam, udang.. Akid tak berapa suke (Bahan utama). Jadi even letak ayam. Mesti letak ikan bilis jugak sikit. Baru lah selera akid menjadi2 atau habis la semangkuk bubur.. Aku pesan mak aku 2-3 jenis sayur 1 jenis bahan utama. Dan 2 sudu beras.
Akid masih lagi minom susu anmum langkah 2 dengan jaya nya.. Fully formula milk. Seminggu satu tin.. Pengsan juga mama dan papa. Eh eh..
but sejak 9 bulan ni.. akid n mama dah balik duduk dengan papa.. but akid siang g nursery.. so makan bubur yg nursery sediakan lah..malam mama masak utk akid.. tapi kadang mkn byk kadang makan sikit..atlis dia makan lebih 5 sudu.. aku dah bersyukur dah.. still memilih makanan.. sayur dia sebat.. but x suka ayam.. dang!!! tapi aku still bagi ayam dan ape2 je.. bg jugak.. dengan harapan nanti lama2 dia akan terima jugak ayam tu..

2. Rolling and combat style
masa 7bulan aritu .. akid masih lagi baby yg rock and rolling.. Haha ok.. Rolling je. Tapi 8 bulan aritu dah bertambah pergerakan.. Dah pandai meniarap sambil gerakkan badan ke belakang/mengundur/gostan. Kalau nak capai barang kat depan yang dia tak sampai.. Dia rolling.. now 9bulan akid dah pandai jadi combat!! ahaha.. laju je kejar papa dia ke dapur ke bilik..abis baju dia lap lantai rumah.. kadang kami laki bini ketawa tengok akid berusaha kejar sungguh2..
Mama sabar tunggu akid crawl and walk and run. Takpa akid take time. Mama pon belom boleh jalan..

3. Stranger
akid dah kenal.. Dah kenal nenek pak long atok dan cousin2 nya. Kalau orang tua dan wajah menakotkan dia tak nak (nenek aku lah tu) tapi ade je yang dia first time jumpe dia nak. Nasib dengan auntie2 gfs dia nak.. Kalau tak nak.. Mama pon pengsan bangun pengsan.. Over! Tapi takpalah. Akid ni memilih sikit. Tapi mostly dia tak kisah je dengan orang.. Asal di dokong akid ok!

4. Weight
Di sebab kan tak pergi klinik. So last week papa timbang akid dah 8kg.. Berat jugak. Tapi badan slim. Pipi je labuh melayut!! Tapi akid la yg plg comel di hati mama..

5. Toys
Dah pandai main. Dah pandai lempar-lempar mainan.. Lebih suke remote control tv dan phone dari mainan.. Cepat bosan dengan toys. Tapi ape yang cousin dia pegang itu la yang dia nak. Kalau dia tengah pegang mainan. If kite amik mainan tu. marah and nangis. Now dah tahu dia punye emosi.. Suka dan tidak!

6. gigi
takde.. memang takde gigi lagi.. tapi suke sangat dia makan nasi yg seketul2 tu.. kalau orang nak makan dia pon sibok jugak..

7. duduk
dia leh duduk without supports da..utk jangak masa yg lama.. tapi dia ni lagi gemar combat la.. ahaha... tapi if bagi lorry or kereta.. ok agak bertahan la... cuma.. mama and papa kena duk sebelah dia.. baru la dia x lari kemane2..







baru balik dari nursery





pouting 





dengan lori askar 






budak ni mengantuk.. tapi nak papa dia..





akid and mama.. love!

Jumaat, 4 Mei 2012

2nd gath we are 2011 babies


sempat la pergi gath for 2011 babies.. ni 2nd gath.tapi 1st tyme akid dapat pergi.. 1st tyme gath.. kami kat spital..huuuuuuu.. walaupon telambat... yelah malam sebelom nye sampai rumah hampir pukol 2.. gedebak gedebuk... tidur jugak dekat pukul 3.. pagi tu sempat lagi masak bubur for akid bagi akid makan dulu.. then baru bersiap.. dah bersiap.. anak teruna pulak buat kueh.. haih... dah comel2.. busuk pulak.. so keluar la kami pukol 1030 pagi... lambat sangat!

dah la lambat.. x sempat nak beli ape2.. sebab tak tahu nak beli.. plus lalu highway.. memang nak dapat kedai kat mane kan? dengan rush nye lagi... kelam kabut betul..next tyme punye gath.. try buat makanan berat for all mummies.. sorry sangat2. gagah gila pergi gath pakai tongkat uols


mama and akid otw.. sedondon gituu...




akid tak heran sesape dah bile dapat mainan..




akid and gf baru.. mia..
sedondon juga... alahai... very cute!






tak tahu mainan siapa... happy je amik orang punye... pinjam je ye akid ye..





walau tecampak di tengah dunia.. dia tak kisah... ahahha...


meet damia yang sangat adorable!! sangat!! comel..



say bye bfore nak balik tu.. haih.. bujang aku tengok anak dara orang..
amboi.. sangat gatal tau..ahahha


Rabu, 2 Mei 2012

1 bulan


ingat nak wat WW kan? tapi motip kan?? aku banyak masa kot dari pagi sampai petang ni.. akid dah selamat ke nursery.. arini 1st day dia..actually aku yakin dia akan ok kat sana.. aku yakin dia masih lagi tak takut orang dan friendly. aku yakin!

dia akan cranky bile dia lapar dan mengantuk.. and montot dia tak selesa... yakin! ya.. instinct ibu.. kita kenal anak kita..

now dah stay dengan syed sama2. aku still lagi xleh nak dokong2 akid sangat.. tapi untuk jaga diri sendiri boleh la.. nak penuh kan perot sendiri pon boleh la.tapi untuk jaga akid agak sukar

okeylah itu je... belom ade mood nak tulis pepanjang.. mari blogwaking and drop comments.. ok lets










ok.. mama start rindu akid!